NASI LEMAK PANDAN AYAM BEREMPAH DAN NASI PKP3.0

 ASSALAMUALAIKUM SAHABAT....

Hari ini terasa nak relex jer. rasa nak kosongkan minda. Terasa terlalu banyak berfikir. sudah 6 bulan ikin tak bekerja. Alhamdulillah rezeki Allah itu luas. Perit memang terasa. Cuma selalu mindset ALLAH SENTIASA UJI HAMBANYA YANG DIA SAYANGI. alhamdulillah Allah masih melihat hamba yang hina ini. ok dah cerita sedih kan...


Sepanjang PKP ni ikin dan suami tak dapat nak bekerja, so kami pun cuba - cuba berniaga. Alhamdulillah ada sikit bakat memasak (sebab dulu mak ayah meniaga nasi lemak). kami meniaga nasi lemak pandan dan nasi utk lunch (kami bagi nama nasi PKP3.0) kami post iklan dalam FB. Kadang kami wasap kawan2. Alhamdulillah rezeki kami sekeluarga. Syukur sangat. Ada hari order banyak ada hari tak ada langsung. Apa pun ikin tetap bersyukur. Salah satu doa anak2 (anak2 ikin nak ikin bekerja di rumah). Rasa bahagia sangat dapat melihat anak membesar depan mata. Wahai anak2 ibu...Allah dah makbulkan doa kalian. Covid ni betul2 mengubah hidup ikin, pemikiran ikin. Wang bukan segalanya. terima kasih Allah. Moga ujian ini membuatkan kita semua sedar dan terus sedar bahawa dunia sudah ranum. aduh sedih lagi kan.. so nnt kitasambung cerita ya...baby nangis plak... So mana yg nak order nasi kami blh wasap DAPUR ZUBIR 017-5199981


  




0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.