Friday, September 30, 2011

dia tetap anak aku selamanya....

sebujur tubuh terbaring kaku
pegangan tangan semakin renggang
aku mencium dahinya
aku lepaskan pegangan tangannya
aku menutup wajahnya dengan kain putih
suasana sayu meyelebungi wad

aku iringi anakku ke rumah
aku turut memandikan anakku dengan bantuan ibu Ros serta kariah teratak
aku melihat ibu menangis
" ibu,jgn nangis bu..kita selesaikan dulu ya"
ibu mengangguk...
kami terus memandikan anakku
sesudah itu kami kapankan anakku
aku bantu balutkan tubuh anakku dengan kain terakhir
sesuci kain kapan sesuci itulah anakku

"kak,jangan nangis kak..tak baik buat adik macam nie"

ibu,kakak mengucup dahi anakku buat kali terakhir
aku tenang berikan kucupan terakhir yang teristimewa buat anakku

aku bisikkan di telinga anakku.."tunggu umi di sana ya sayang.."

akhirnya wajah anakku "ditutup".kami sembahyangkan anakku.
ramai yang jemaah yang turut serta

alhamdulillah anakku selamat dikebumikan.selamat sudah anakku di sana.
bertubi-tubi ucapan tahziah dari tetamu yang hadir
masih tergiang-giang soalan mereka yang hadir
ramai yang tanya napa aku masih boleh tersenyum
tiada titisan air mata pon

"sayang, umi tak tau macama nak jawab soalan mereka..."
aku buka helaian kertas demi helaian
banyak sungguh memori dengannya
mungkin ini jawapan dari soalan mereka..

pertama kali aku menatap wajahnya...
aku jatuh cinta
aku tergoda dengan senyumannya,ketawanya,kenakalannya
aku kenal anakku pada usia 2 tahun
masa tu anakku dimasukkan ke wad kerana masalah jantung berlubang,hati membengkak serta semua organ dalaman sudah rosak"reput"
tapi wajahnya tetap ceria walaupun menganggung kesakitan

aku pernah suarakan hasrat kepada mak.." mak,kakcik ingat nak ambik balqis (nama anakku) jadi anak angkat kakcik boleh tak"
mak mengucap kesyukuran sambil mengangguk tanda setuju
walaupun ibu Ros(pengetua teratak) pernah menceritakan anakku tipis untuk hidup lebih lama
tapi aku tidak kisah.ajal maut di tangan tuhan.selagi hayatnya masih ada aku akan kuatkan semangat untuk memberi kebahagiannya padanya.

semenjak mak dibenarkan pulang, hospital merupakan rumah kedua bagiku
aku bersilih ganti menjaga mak dan anakku
aku tak penah penat menjaga mereka
siang aku bekerja, tengahari aku pulang untuk uruskan keperluan mak
malam aku menjaga anakku di hospital
alhamdulillah aku punya family yang banyak membantu
ketiadaan aku di rumah banyak dibantu oleh ayah dan adikku untuk menjaga mak
dan alhamdulillah kehadiran anakku memberi cahaya semangat buat mak jugak
kesihatan mak semakin baik.banyak hikmah disebalik semua ini kan.

anakku dibenarkan keluar wad walaupun kesihatannya masih tidak baik
doktor hanya memberitahu kami agar banyak berdoa kerana harapan untuk anakku sihat tipis
aku menangis mendengar perkhabaran itu.pilu hati aku mendengar.
aku nekad...
nekad berikan yang terbaik untuknya di akhir-akhir hayatnya
tiap-tiap hari aku banyak habiskan masa di teratak
mak sentiasa bersama aku menjaga anakku.
cuma kadang-kadang mak tak boleh ikut kerana lenguh duduk terlalu lama di atas kerusi roda

tanggal 20 September 2011 adalah hari kelahiran anakku yang ke-4
kami di teratak merancang untuk menyambut..mungkin anakku akan menyambut ulang tahunnya yang terakhir...
jadi aku mahukan yang terbaik untuknya
" umi.adik nak kek coklat besar.pastu nak umi masak laksa(yg ni mmg aku pakar) kat adik"
sayangnya aku tak pandai buat kek
aku belajar dari mak..aku try buat..tapi tak jadi-jadi gak...
aku sedih...sedih tak dapat nak tunaikan permintaan anakku...
bab buat kek memang aku tak pandai..
tapi alhamdulillah dengan berkat pertolongan ibu Ros dan kakak-kakak(penghuni teratak)
kami dapat siapkan kek coklat besar
laksa pon aku dah siapkan teristimewa buat anakku

dalam pkul 2.30 petang kami berkumpul di dewan
keluargaku juga turut serta
aku hadiahkan teddy bear besar untuknya
walaupun dengan muka yang pucat dan tak mampu lagi berjalan(hanya duduk di kerusi roda) tapi anakku masih boleh tersenyum riang
hanya sesudu laksa yang dijamah

nafas anakku tersekat-sekat
kami bawa dia ke hospital
anakku kritikal
kami ramai-ramai membaca yasin
bergilir-gilir melawatnya
tapi aku tetap setia disisinya
tak akan aku tinggal anakku disaat sakaratulmaut mencabut nyawanya
air mata tak mampu lagi aku sembunyikan..
bak hujan lebat membasahi pipiku

dia menatap aku dengan pandangan yang layu
aku bisikkan di telinganya..."sayang,pergilah sayang..umi tak nak sayang derita lagi"
makin kuat pengangan tanganku menggenggam tangannya yang makin sejuk
aku melihat matanya makin lama makin tertutup...
genggamannya juga semakin longgar...
Innalillahiwainnailahirajiun...

"selamat tinggal sayang...tenanglah sayang di sana ya..insyallah suatu hari nnt umi pasti turuti jejak sayang..tunggu umi di sana ya.."

inilah jawapannya kenapa aku tidak menitiskan air mata mengiringi jenazah anakku
kerna aku dapat menunaikan permintaan terakhirnya...
aku bersyukur kerana diberi peluang menjaga seorang anak kecil walaupun aku masih tidak berkahwin dan tidak merasai kesakitan melahirkan anak..
tapi aku berpeluang mencurahkan kasih sayang kepada seorang kanak-kanak yang dahayakan kasih sayang seorang ibu
dia menjadi yatim setibanya melihat dunia(ibunya meninggal melahirkannya)
ayahnya meninggal seusianya 1 tahun(kemalangan jalan raya)..kerana tidak mempunyai saudara yang sanggup menjaganya
dia ditempatkan bersama-sama kanak-kanak yang senasib di teratak
kerana naluri keibuanku dia menjadi anak angkatku..
walaupun hanya setahun gelaran umi kedengaran di mulutnya tapi aku tetap tetap umi kepada siti nur balqis binti ahmad selamanya.
sayang umi selamanya buatmu sayang...
al-fatihah....

Tuesday, September 20, 2011

TANDA-TANDA WAJIB KAHWIN

Anda wajib kahwin!!..kenapa?..sebab anda dah cukup 10 syarat di bawah ney..so mula lah kumpul duit..hehe..

Cinta bertambah indah dengan ikatan pernikahan..

10 TANDA WAJIB KAHWIN

1. Sunyi di hati walaupun dikelilingi ramai orang.

“Dan kahwinkanlah orang yang bersendirian di antara kamu dan orang yang layak (berkahwin) daripada hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, maka Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya; dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (Surah an-Nur : 32)

Perasaan sunyi dan sayu merupakan sindrom paling kerap menimpa manusia yang kosong hatinya daripada mengingati Allah. Kesunyian ini bermaksud hati terasa kosong dan wujud perasaan sepi sehingga boleh membawa kepada penderitaan, kepiluan serta kesedihan. Usahkan diri mereka yang mengalaminya, orang yang melihat juga akan berasa kesedihan tersebut.

Apabila seseorang itu berasa sunyi sekalipun terdapat ramai orang di sampingnya, maka itu adalah tanda pertama bahawa dia sudah sampai waktu untuk berkahwin. Kawan yang ramai bergelak ketawa tetapi jenaka dan lelucon itu tetap tidak dapat mengubat kekosongan di hati. Ini lantaran wujud ruangan vakum yang perlu diisi oleh seseorang yang dipanggil sebagai ‘buah hati’. Apabila didatangi perasaan sunyi yang pelik ini, maka ketahuilah bahawa perkahwinan itu sudah diwajibkan bagi mencegah kejadian dan penyakit lebih berat.

Rasulullah bersabda:

“Sesungguhnya syaitan itu bersama seorang dan menjauh apabila berdua.” – Hadith sahih riwayat Ahmad, an-Nasa’i, at-Tirmizi, Ibn Hibban dan lain-lain.

Apabila berseorangan, manusia itu mudah terdedah kepada pelbagai godaan, pemikiran tidak tangkas, akal lemah dan mudah terperangkap oleh tipu daya syaitan. Maka ketika itu, berkahwin sudah menjadi wajib bagi menyelamatkan kehidupan. Ini kerana syaitan sentiasa mendorong manusia untuk berbuat mungkar sehingga mereka terjerumus ke dalam jurang maksiat.

2. Kehidupan yang tidak terurus.

Kehidupan sepatutnya menjadi medan untuk beramal soleh dan menunaikan kewajipan serta perintah ALLAH dengan mengikuti lunas-lunas Islam. Kehidupan memberi kita satu peluang mengumpul sebanyak mungkin pahala bagi mendapatkan ganjaran syurga. Malangnya, bagi sesetengah orang, kehidupan mereka tidak terurus. Ia boleh dilihat ketika menziarahi rumah mereka. Keadaannya bersepah, tidak kemas, makan serta pakai mereka tidak teratur sehingga mengundang pelbagai masalah sampingan. Justeru orang seperti ini perlu dikahwinkan.Perkahwinanlah yang akan menjadikan mereka lebih bertanggungjawab serta berkeyakinan untuk menjalani kehidupan dengan lebih baik dan juga bersistematik.

“Sebaik-baik wanita yang menunggang unta salah satunya ialah wanita Quraisy yang solehah dan yang keduanya ialah wanita Quraisy yang berbuat baik kepada anak yatim yang masih kecil dan mengurus sendiri keperluan suaminya.” – Hadith sahih riwayat Muslim no. 4589.

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda:

3. Jiwa menjurus kepada lawan jantina

Pernahkah terjadi perasaan berdebar-debar dan jantung berdegup laju tatkala berada berhampiran dengan lawan jantina? Sekiranya ‘ya’ dan jika keadaan sudah menjadi parah, jangankan sesekali duduk berdekatan, cukuplah kalau hanya sekadar melihat wanita cantik atau lelaki kacak melintas di hadapan mata.

Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Maka sesiapa yang fitrahnya diarahkan kepada sunnahku, maka dia telah mendapat petunjuk. Sesiapa yang fitrahnya terarah kepada selainnya, maka dia telah binasa.” – Hadith riwayat Ahmad dan Ibn Hibban.

“Katakanlah kepada orang mukmin (lelaki) agar mereka menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan mereka. Demikian adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada wanita mukminah agar mereka menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan mereka…” – Surah an-Nur: 30-31

Rasulullah S.A.W. bersabda di dalam sebuah hadith qudsi yang menerangkan bahawa pandangan itu seperti panah beracun.

“Pandangan itu adalah panah beracun di antara panah iblis. Sesiapa yang meninggalkannya kerana takut kepadaKU, maka akan AKU gantikan dengan keimanan, yang ia dapatkan manisnya di dalam hatinya.” – Hadith riwayat at-Tabrani dan al-Hakim.

Jika hati atau jantung berdebar-debar sewaktu memandang lawan jantina, maka sudah pasti mereka ini termasuk di dalam golongan yang diwajibkan berkahwin.

ALLAH berfirman:

“Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan Rahmat-Nya: bahawa DIA menciptakan untukmu (lelaki) isteri-isteri daripada jenismu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikan antara kamu (suami isteri) kasih sayang dan belas kasihan, sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan yang menimbulkan kesedaran bagi orang yang berfikir.” – Surah ar-Rum: 21

4. Hilang fokus apabila wujud lawan jantina.

Hilang fokus atau lemah tumpuan adalah perkara normal yang berlaku kepada kebanyakan orang bujang. Keadaan ini berlaku kerana mereka kerap memikirkan berkisar tentang soal pasangan, masa depan yang tidak pasti dan persepsi daripada banyak pihak. Akibatnya, ia memberi kesan kepada tugas harian seperti mereka mudah hilang tumpuan, prestasi kerja merosot serta hasil produktiviti menurun. Mereka yang mengalami gejala hilang fokus atau lemah tumpuan ini adalah berpunca daripada faktor psikologi serta perasaan tidak stabil. Umumnya, penyakit ini disebabkan oleh kesunyian dan kekurangan cinta serta belaian kasih sayang. Jalan selamat dan ubat yang paling mujarab kepada masalah ini ialah dengan berkahwin.

“Dan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada ALLAH dan Rasul-Nya; mereka itu akan diberi rahmat oleh ALLAH; sesungguhnya ALLAH Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana. ALLAH menjanjikan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, (akan beroleh) syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya dan beroleh tempat-tempat yang baik di dalam Syurga ‘Adn serta keredhaan daripada ALLAH yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar.” – Surah at-Taubah: 71-72

5. Cemburu melihat kebahagiaan orang lain.

Perasaan cemburu atau ghirah di dalam Islam terbahagi kepada dua bahagian. Pertama ialah padabahagian yang halal dan diperintahkan iaitu cemburu di dalam perkara kebaikan. Kedua ialah kepada perkara haram serta dilarang iaitu cemburu yang melampaui batas dan merosakkan. Cemburu yang melampaui batas ini disebut hasad. Perasaan hasad ini mampu menghapuskan kebaikan yang ada pada diri mereka, sebagaimana api membakar kayu kering. Inilah yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W. di dalam sabdanya:

“Jauhkanlah (oleh kamu) dengki (hasad) kerana ia akan memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu.” – Hadith riwayat Abu Daud.

Di dalam hadith yang lain, ada disebutkan:

“Janganlah saling hasad dan jangan mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah saling bermusuhan. Hendaklah saling memaafkan dan jadilah kamu bersaudara.” – Hadith riwayat Muslim.

Berusaha menunaikan kewajipan perkahwinan jika sudah wujud perasaan cemburu dan tertekan apabila melihat kebahagiaan orang lain. Terutamanya ketika melihat kawan-kawan di sekeliling sudah pun mempunyai pasangan. Cemburu melihat orang lain berpasangan adalah isyarat bahaya bahawa perkahwinan itu perlu disegerakan. Ketahuilah bahawa perkahwinan itu sememangnya indah sehingga wajar untuk kita berasa cemburu.

6. Wujud perasaan sayang terhadap kanak-kanak.

Ini berlaku kepada mereka yang sudah sampai seru untuk berumah tangga. Apabila perasaan keibuan atau kebapaan tumbuh di dalam sanubari, ia akan mula memainkan peranan dengan menguasai diri dan mempengaruhi segala tindak tanduk. Ini menunjukkan bahawa seseorang yang sudah sampai waktu untuk memiliki keluarga sendiri. Inilah fitrah yang sudah ditetapkan oleh ALLAH.

ALLAH berfirman:

“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak daripada jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi ALLAHlah tempat kembali yang baik (syurga).” – Surah ali-Imran : 14

Ketika memegang kanak-kanak atau bayi, terasa berat untuk kita melepaskannya. Apabila berada berhampiran mereka, naluri keibuan atau kebapaan itu seolah-olah mendorong kita untuk merangkul, bermain, mengusik dan membelai manja serta menikmati penuh gembira senyuman yang suci bersih itu. Itulah petanda bahawa sudah tiba masanya kita bergelar ibu dan bapa

7. Jatuh cinta pada seseorang.

Jatuh cinta merupakan fitrah setiap manusia, begitu juga dengan perasaan minat dan suka. Ia adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan kerana ALLAH telah mencipta manusia dengan fitrah sedemikian. Lelaki dijadikan untuk tertarik kepada wanita dan begitulah juga sebaliknya. Maka,tarikan ini adalah fitrah di mana ALLAH telah menyediakan jalan keluar yang paling sempurna iaitu dengan berkahwin secara sah. Perkahwinan merupakan sebaik-baik jalan perhubungan di antara lelaki dan wanita.

Ibn al-Qayyim berkata bahawa ia adalah ‘Ketetapan ALLAH dengan hikmah-Nya menciptakan makhluk dalam keadaan saling mencari yang sesuai dengannya. Secara fitrah saling tertarik dengan jenisnya. Tetapi akan menjauh daripada yang berbeza dengannya.’ Inilah ketetapan ALLAH kepada semua makhluk-Nya.

ALLAH berfirman:

“DIAlah yang menciptakan kamu daripada diri yang satu dan daripadanya, DIA menciptakan isterinya, agar dia merasa senang kepadanya…” – Surah al-A’raf: 189

8. Desakan hawa nafsu

Ini selalu terjadi kepada lelaki dan wanita yang baru mencapai usia remaja. Sekiranya terdedah kepada lawan jantina, mereka akan cepat tergoda dan teruja. Bahkan, golongan dewasa yang mencapai usia pertengahan juga kerap kali mempunyai desakan ini. Hal ini disebabkan oleh banyak faktor dan perkara ini perlulah diambil berat. Mereka mesti berhati-hati di dalam mengendalikan hawa nafsu tersebut kerana ia boleh mengundang pelbagai masalah dan bahaya. Jalan paling selamat bagi menangani desakan nafsu ini ialah melalui perkahwinan. Melaluinya, desakan tersebut dapat dilangsaikan menurut tatacara Islam.

Hadith ini memiliki syahid yang diriwayatkan oleh Abu Zubair. Daripada Jabir, bahawa Rasulullah S.A.W. melihat seorang wanita lalu wujud keinginan di dalam hati baginda. Lalu baginda mendatangi Zainab yang sedang membuat roti dan lantas melaksanakan hajatnya. Setelah selesai, baginda keluar dan bersabda:

“Sesungguhnya seorang wanita menghadap dengan bentuk syaitan dan mundur dengan bentuk syaitan juga. Jika ada di antara kalian melihat seorang wanita, lalu berasa ghairah, maka datangilah isterinya (salurkan kepadanya). Sebab hal itu dapat menolak penyakit yang ada dalam hatinya.” – Hadith riwayat Imam Muslim, Abu Daud, al-Baihaqi dan Ahmad. Matan ini milik Ahmad daripada beberapa jalur yang berasal dari Abu Zubair.

Maksud ‘wanita sebagai menghadap dengan bentuk syaitan’ bukan menunjukkan satu penghinaan atau penindasan. Makna paling tepat ialah wanita itu dipergunakan oleh syaitan dengan menghiasi mereka sehingga kelihatan cantik di mata lelaki yang memandang. Hakikatnya, wanita itu biasa sahaja. Hal itu berlaku kerana syaitan menghiasi mata dengan penipuan dan godaan

9. Beronani.

Onani atau melancap ialah perbuatan mengeluarkan air mani bukan melalui hubungan intim atau persetubuhan. Beronani adalah satu perbuatan yang dipandang sebagai dosa besar di sisi Islam.Demikian, menurut majoriti para fuqaha. Imam Syafi’e dan Imam Malik juga mengharamkan perbuatan sedemikian. Ini berdasarkan firman ALLAH S.W.T. di dalam al-Quran:

“Dan mereka yang menjaga kehormatannya (dalam hubungan seksual) kecuali kepada isteri atau hamba sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidaklah tercela. Barang siapa yang mengingini selain yang demikian, maka mereka adalah orang yang melampaui batas.” – Surah al-Mukminun: 5-7

“Hendaklah kamu berpuasa kerana puasa itu dapat mengawal.” – Hadith riwayat al-Bukhari no. 5063, Muslim no. 3389, an-Nasa’i dan Ahmad.

Hadith tersebut jelas menunjukkan bahawa puasa berperanan untuk mencegah nafsu syahwat, bukannya merawat. Rawatan mujarab bagi penyakit ini hanyalah melalui perkahwinan.

10. Dorongan untuk melakukan hubungan intim.

Seseorang itu wajib berkahwin jika telah wujud di dalam jiwanya desakan untuk melakukan hubungan intim. Lelaki yang memiliki desakan nafsu yang kuat dibenarkan untuk berkahwin sehingga empat orang isteri pada satu masa. Ketentuan ini diperkuat lagi dengan ayat al-Quran.

ALLAH berfirman:

“…Kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian, jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil maka (kahwinilah) seorang sahaja…” – Surah an-Nisa’ : 3.

Itulah hikmah ALLAH memberi keizinan untuk berpoligami kepada suami yang memiliki kekuatan dan kemampuan yang ditetapkan oleh-Nya. Memiliki nafsu syahwat yang kuat bukanlah satu kesalahan. Sebaliknya, ia adalah kebaikan jika disalurkan pada jalan yang halal dan benar. Justeru, lelaki haruslah lebih bijak dalam menangani kemampuan ini.

Thursday, August 11, 2011

hati kecewa

hari hari dugaan bertimpa timpa
alhamdulillah ALLAH masih berikan aku kekuatan
masih beri aku jalan penyelesaian

TAPI...
semalam aku teramat kecewa
setiap kali kami ( my big bos ) ada masalah
aku akan cari jalan sampai boleh
masalah dia masalah aku gak
semalam aku diuji lagi
dia ada masalah
tapi aku hanya mampu menitiskan air mata
air mata kekecewaan
kecewa tidak dapat menolong orang yang aku sayangi

YA ALLAH KAU permudahkanlah perjalanan hidup kami
KAU permudahkan perjalanan hidup orang-orang yang aku sayangi
berikan mereka kekuatan menghadapi dugaanMu ini

Friday, August 5, 2011

kenikmatan berpuasa

salam ramadhan...
alhamdulillah kita sudah menikmati kenikmatan berpuasa selama 4 hari....
adakah anda memenuhi kenikmatan berpuasa???

siang berganti malam
hari berganti minggu
minggu berganti bulan
bulan berganti tahun
ramadhan menjelma jua

ramadhan tiba di depan mata
ada yang gembira, ada yang sedih
namun ada yang menganggap seperti bulan biasa
hanya menahan lapar disiang hari
berpesta dengan makanan yang penuh di malam hari

tetapi
buat mereka yang mengetahui betapa indahnya ramadhan...
bulan dimana hidupnya hubungan yang erat dan kepercayaan kepada ALLAH SWT
ramadhan adalah kegembiraan
bulan penuh ketaatan
penuh keindahan berzikir
yang menjadi bekalan kekuatan jiwa
hanya mereka yang mengetahui betapa nikmatnya bulan ramadhan apabila hati bercampur iman
sesungguhnya bulan ramadhan membuka pintu hati kita tanpa ada hasutan syaitan
tepuk dada tanya iman
sejauh mana kita menikmatan keindahan di bulan ramadhan
sejauh mana kita hubungan kita dengan MAHA PENCIPTA

Monday, August 1, 2011

debaran yang dinanti sudah tiba

salam ramadhan...
alhamdulillah ramadhan masih dapat dirasai...
ramadhan yang dinanti sudah tiba....
moga kita semua mengisi kesucian ramadhan ini dengan penuh keikhlasan,ketulusan...
moga cahaya ramadhan menyuluh perjalanan kita...
moga sinaran ramadhan dapat menyinari kehidupan kita...
moga kesucian ramadhan dinikmati bersama-sama....
bersama-sama kita tingkatkan ibadah kepada ALLAH...

selamat berpuasa... 

Saturday, July 16, 2011

yang mana pilihan kita

salam nisfu shaaban...
redup ja cuaca ari nie...
alam seperti tunduk memohon keampunan dr penciptanya...
kita sebagai manusia?
tidak inginkan pengampunan dr yang MAHA ESA?

situasi

1.taubat tak kenal muda atau tua
neraka: "aku muda lagi...nanti dah tua aku taubat la.."
syurga: "aku muda lagi...bila dah tua dosa aku pon tak banyak..."

2. taubat tak perlukan masa yang sesuai
neraka:"relex la beb..gua tak abis enjoy lagi.."
syurga: "dulu lu dah relex..bagi gua relex plak..baru sikit kena azab.sakit ke.."

3.taubat tak perlukan tempat yang sesuai
neraka: "beb..lu bikin tempat nie panas la...apa kta lu blah..ambik sekali kain bulu lu nie.."
syurga: "beb..lu panas ke? lu nak kain bulu nie selimut lu ke?nnt berbulu badan lu plak.."

tidak kira dimana kamu,siapa kamu...
pintu taubat sentiasa terbua untuk kita..
jangan lah kita sia2kan nikmat yang ALLAH berikan...
jangan kita berpaling sehingga nikmatNya ditarik...

tersenyum memikirkan  pilihan yg tepat..hehehhe

pengampunan di malam Nisfu Syaaban

Assalamualikum dan salam 1Dunia, tersentuh sungguh apabila membaca entri Ustaz Rahim bertajuk Nisfu Syaaban dan menyedarkan aku yang kekadang terlalu sibuk dengan duniawi. Syaaban terus berlalu dan tanpa kita sedari Ramadhan kian dekat tetapi belum pasti samada kita mampu bersama dengan Ramadhan yang mulia. Tarikh 15 Syaaban selalu menjadi ingatan sebagai tarikh malam Nisfu Syaaban yang malamnya ada banyak kelebihannya.

Antara petikan dari blog Ustaz Rahim :

Hadis yang boleh dipegang dalam masalah Nisfu Syaaban ialah:

“Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hamba-Nya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci).” [Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain].

Adapun amalan membaca Yasin sebanyak 3x pada malam tersebut sebenarnya adalah TIDAK WARID ( tiada sandaran ) dari Al Quran dan Hadis Rasulullah SAW. Namun…tidak salah kita nak membaca Yasin pada malam tersebut.Yang salahnya ialah kefahaman sebahagian orang melayu yang meletakkan kepercayaan bahawa MESTI BACA YASIN 3x. Itulah yang salah.

Berikut ada kitaran semula entri Nisfu Syaaban aku yg lepas :

Dari Abu Hurairah r.a : Nabi saw bersabda : “Telah datang kepadaku Jibrail pada malam nisfu Syaaban dan dia berkata : “Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintulah rahmat dibuka. Maka berdirilah dan kerjakan solat lalu angkatlah kedua tanganmu ke langit”. Kata saya : Hai Jibrail, apakah erti malam ini?” Dia menjawab : “Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah swt mengampuni orang-orang yang tidak mensyerikatkan Allah dengan sesuatupun, kecuali para ahli sihir, dukun, orang yang suka bermusuhan, peminum khamar, orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang yang suka mengadu domba dan orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni sehingga mereka bertaubat dan tidak mengulangi.” (Zubdathul Wa’izhin)

Diriwayatkan, bahawa Nabi saw bersabda : “Barangsiapa berpuasa tiga dari permulaan Syaaban dan tiga hari di pertengahan Syaaban dan tiga hari di akhir Syaaban, maka Allah swt mencatat untuknya, pahala seperti pahala 70 Nabi, dan seperti orang-orang yang beribadah kepada Allah swt selama 70 tahun dan apabila dia mati di tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid.”

Nabi saw bersabda : “Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah dan berbuat ketaatan kepada-Nya serta menahan diri dari segala perbuatan maksiat, maka Allah swt mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam satu tahun itu dari segala macam bencana dan dari macam-macam penyakit.”