NASI LEMAK PANDAN AYAM BEREMPAH DAN NASI PKP3.0

 ASSALAMUALAIKUM SAHABAT....

Hari ini terasa nak relex jer. rasa nak kosongkan minda. Terasa terlalu banyak berfikir. sudah 6 bulan ikin tak bekerja. Alhamdulillah rezeki Allah itu luas. Perit memang terasa. Cuma selalu mindset ALLAH SENTIASA UJI HAMBANYA YANG DIA SAYANGI. alhamdulillah Allah masih melihat hamba yang hina ini. ok dah cerita sedih kan...


Sepanjang PKP ni ikin dan suami tak dapat nak bekerja, so kami pun cuba - cuba berniaga. Alhamdulillah ada sikit bakat memasak (sebab dulu mak ayah meniaga nasi lemak). kami meniaga nasi lemak pandan dan nasi utk lunch (kami bagi nama nasi PKP3.0) kami post iklan dalam FB. Kadang kami wasap kawan2. Alhamdulillah rezeki kami sekeluarga. Syukur sangat. Ada hari order banyak ada hari tak ada langsung. Apa pun ikin tetap bersyukur. Salah satu doa anak2 (anak2 ikin nak ikin bekerja di rumah). Rasa bahagia sangat dapat melihat anak membesar depan mata. Wahai anak2 ibu...Allah dah makbulkan doa kalian. Covid ni betul2 mengubah hidup ikin, pemikiran ikin. Wang bukan segalanya. terima kasih Allah. Moga ujian ini membuatkan kita semua sedar dan terus sedar bahawa dunia sudah ranum. aduh sedih lagi kan.. so nnt kitasambung cerita ya...baby nangis plak... So mana yg nak order nasi kami blh wasap DAPUR ZUBIR 017-5199981


  




covid-19


 assalamuaikum sahabat...

alhamdulillah...masih diberi kesempatan untuk bernafas di atas bumi tercinta.... pejam celik pejam celik dah setahun lebih kita mengharungi liku-liku virus covid-19. tak penah terlintas sebegini ujian dari Allah. ikin doakan sahabat semua masih kuat bertahan. Setiap ujian dan dugaan pasti ada sebabnya. kita sama- sama doakan sahabat-sahabat kita. terima kasih pada fronliner yang tak jemu-jemu memberi perkhidmatan yang terbaik untuk kita. YA ALLAH, ampuni dosa2 kami. terlalu jauh kami leka dengan syurga dunia yang hanya sementara..ampuni kami YA ALLAH...Beri kami peluang YA ALLAH.. Kau Maha Pengampun Kau Maha Mendengar... dengarkanlah doa kami ini YA ALLAH.


i'm back

alhamdulillah
terasa janggal plak nak post entri ni. teramat lama tak berblog ni. hampir 10 tahun tinggalkan. alhamdulillah selepas menjadi seorang isteri dan ibu. ikin kembali ke dunia ini. rindu yang teramat tapi desakan masa dan kerja buat hobi ini terpaksa dilupakan sekejab. di bulan yang penuh keberkatan, ikin menyusun sepuluh jari hulurkan salam perkenalan buat bakal teman-teman ikin. ok la.. nnt kita sambung lagi ya. dah masuk subuh ni. selamat brpuasa buat umat islam.

Powered by Blogger.